Apa Itu DADAH?

PENGERTIAN DADAH Dadah ialah apa-apa juga bahan kimia, samada asli atau tiruan, apabila dimasukkan kedalam tubuh badansecara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental.

JENIS-JENIS DADAH
Dadah boleh dibahagikan kepada lima bahagian.
1.        Opait
2.        Perangsang (stimulants)
3.        Penekanan (Depressants)
4.        Hallucinogen
5.        Ganja (Cannabis)
OPAIT
Dadah yang paling merbahaya dan banyak sekali disalahgunakan. Dadah dalam golongan ini ialah:- Asli, Candu, Morfin, Heroin, Kodein,Ganja.

PERGANTUNGAN PADA DADAH (DRUG DEPENDENCE)
Pergantungan pada dadah adalah keadaan keperluan secara fizikal atau psikologi atau kedua-duanya, yang ujud daripada penggunaan dadah yang berterusan atau diwaktu-waktu tertentu. Pergantungan psikologi atau jiwa ialah satu istilah biasanya dimaksudkan kepada satu idaman kuat yang berlebih-lebihan terhadap bahan-bahan tertentu tetapi tidak ada pergantungan badan. Pergantungan fizikal atau badan ialah penyesuaian badan secara jasmaniah terhadap ujudnya sejenis dadah secara berterusan. Apabila pergantungan ini telah dibina, badan bertindak dengan tanda-tanda yang boleh diteka, sekiranya dadah itu diberhentikan bekalannya serta merta. Sifat dan kekuatan tanda-tanda pengunduran itu bergantung pada dadah yang sedang digunakan dan banyak dose yang diperolehi tiap-tiap hari.

JENIS-JENIS DADAH YANG KERAP DIGUNAKAN
Walaupun penggunaan dadah yang ditentukan oleh doktor telah mendapat perhatian pihak berkuasa. Dadah-dadah yang kerap digunakan adalah Heroin, Morfin, Candu, ganja (hashish atau marijuana atau cannabis), amphetamin, barbitured, pill mx, kokain dan lain-lain.

APAKAH FAKTOR-FAKTOR MEMBAWA KEPADA SALAHGUNA DADAH
Mengikut kajian oleh pakar-pakar perubatan dan juga pakar-pakar yang membuat penyelidikan atas penagih-penagih dadah dan juga mereka-mereka yang menyalahgunakan dadah adalah seperti berikut:-
1.        Ingin mengetahui dan seterusnya ingin mencuba-cuba oleh dirinya sendiri.
2.        Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya tiap-tiap jenis dadah itu.
3.        Dipengaruhi oleh kawan-kawannya dan oleh sebab hendak menyesuaikan dirinya dengan sesuatu kumpulan
           yang sebaya dengannya.
4.        Mencari ketenteraman jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah kehidupan.
5.        Menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya.
6.        Untuk menghilangkan kerunsingan yang didatangkan oleh desakan ibubapa.
7.        Tidak menggunakan masa lapangnya dengan perkara-perkara yang berfaedah.
8.        Mengikut tekanan darah mudanya dengan sekehendak hatinya.
9.        Kerana keporak perandaan rumahtangga.
10.      Kerana tidak ada kemesraan yang baik diantara ibubapa dan anak-anak.
11.      Kerana ingin berlagak dengan cara hidup yang lebih tinggi daripada yang termampu olehnya.
12.      Kerana adanya dadah dan kebijaksanaan pengedar-pengedar dadah untuk menjalankan pengaruhnya.
13.      Kurang pengetahuan Agama dan penghayatan nilai-nilai agama.

DADAH YANG TERKENAL
1. APA DIA SYABU
I.I. Nama panggilan dan nama saintifik
SYABU ialah nama panggilan (street name), iaitu sejenis dadah. yang berada dalam kumpulan SUMUIAN yang mana istilah saintifiknya "dMethamphetamine hydrochloride". Perkataan syabu sebenamya berasal daripada bahasa Tagalog di negara Filipina dan ianya telah menjadi satu nama yang popular digunakan di Sabah oleh kerana pengaruh pengguna -pengguna dan pengedar-pengedar 'pioneer' di Sabah yang terdiri daripada pendatang tanpa izin yang berbangsa Filipin. Penggilan-panggilan lain yang digunakan oleh pengguna-pengguna di pasaran Sabah dan luar Sabah adalah seperti berikut:-
a.        ICE
b.        GLASS
c.        CRACK METH
d.        HIROPONG
e.        BATU (STONES)
Oleh kerana majalah ini adalah berpandukan kepada latar belakang bahan ini di negeri Sabah, maka panggilan SYABU akan digunakan bagi tujuan rujukan.

1.2 Rupa Syabu Di Pasaran
Syabu berbentuk hablur tawas yang halus serta berwarna cerah/putih dan bersifat lutcahaya ( colourless rock-like transparent granules) yang halus.

1.3. Bungkusan (Packaging)
Syabu dipasarkan dalam bentuk bungkusan plastik kecil yang  berukuran 2cm x 2cm dan bungkusan yang berupa demikian biasanya mengandungi berat lebih kurang 0.045 gram dan ianya hanya cukup bagi kegunaan sekali sahaja yang biasanya dinamakan 'deck' atau 'layaran' bagi kegunaan penagih syabu.

1.4. Isi Kandungan (Ingredient) dan Synthesis
Bahan-bahan syabu yang utama ialah " d-Methamphetamine" yang tersenarai di bawah Bahagian III Jadual Pertama dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952 (pin. 1977) sebagai satu bahan dadah. Antara bahan-bahan lain ialah ephedrine, hydrochoride acid dan synthesis kimia seperti berikut :-
                                     
                                C6 H5 CH (OH) CH (CH3) NHCH3 + HI + P4 C6 H5 CH2 CH (CH3) NHCH3


2. LATAR BELAKANG
2.1.   Syabu adalah satu jenis dadah tiruan atau pun 'DESIGNER DRUGS' yang telah wujud sejak perperangan dunia yang kedua. Pada, ketika itu, juru terbang (Fighter pilot) menggunakan syabu perlu berjaga-jaga semasa dalam penerbangan jauh dan juga askar-askar lain berperang tanpa tidur untuk tempoh masa yang panjang;
2.2.   Mereka yang paling mengemari mengguna syabu pada masa perperangan tersebut adalah askar-askar Amerika Syarikat, China dan Jepun. Oleh kerana itu, adalah sukar bagi menentukan pihak manakah yang mula bertanggungjawab atas rekaan syabu. Apa yang mereka mementingkan ialah supaya mendapatkan kesan positif daripada syabu tanpa mengirakan kesan negatithya yang kadangkala boleh mendatangkan maut;
2.3.   Dari segi sejarah Sabah, syabu mulai dikesan pada awal tahun 1992 yang dipengaruh oleh pembiakan Syabu kerana kebanyakan daripada pendatang-pendatang tanpa izin warganegara Filipina di Sabah adalah pengguna syabu dan syabu yang mereka bawa bersama-sama untuk kegunaan sendiri telah diedarkan juga kepada penduduk-penduduk tempatan. Pengaruh Syabu di Filipin pula telah ditinggalkan oleh askar-askar Amerika Syarikat yang telah lama berkhidtnat di negara tersebut.

3. PENGEDAR/PENYELUDUP (MODUS OPERANDI) SYABU
Kebanyakan pengedar-pengedar syabu yang terdapat di Sabah adalah secara kecil-kecilan yang dilakukan secara individu. Mengikut risikan mereka menggunakan berbagai-bagai tektik untuk menyeludup syabu dan diantaranya adalah seperti berikut:
3.1.1. Menyembunyi didalam barang-barang persendirian seperti kain/baju dan lain-lain;
3.1.2. Dalam motor starter;
3.1.3. Lampu Kalimantang;
3.1.4 Bekas stater kalimantang
3.1.5. Bekas tin bedak;
3.1.6. Bekas bateri tetefon bimbit; dan
3.1.3. Tumit selipar/kasut.


3.2. Selain Filipina, negara Hong Kong juga mengeluarkan bekalan Syabu dan pembekal-pembekalnya dipercayai mendapat bekalan-bahan asli dari negara China ( mainland ) dan memproses Syabu di "underground laboratories" untuk dibekalkan ke Jepun, Taiwan dan juga sebahagian kecil kepada Sabah. Adalah dipercayai bahawa Syabu yang dibuat di Hong Kong adalah yang bermutu lebih tinggi jika dibandingkan syabu yang datang dari negara Filipina.

3.3. Syabu yang datangnya dari negara Filipina adalah terdiri daripada 90% yang peratus yang dibekalkan ke pasaran Sabah. lanya diseludup masuk dalam bentuk I kilogram, 1/2 kilogram atau dalam bentuk 'bar' yang berat 50 gram. Oleh kerana syabu merupakan bentuk halus dibanding dengan dadah lain seperti ganja, sejumlah besar dan berat boleh disembunyi melalui kumpit kumpit atau diseludup di atas badan dan ianya sukar dikesan. Syabu yang berjaya diseludup masuk akan dijual kepada pengedar tempatan yang akan membuat bungkusan semula dalam bentuk bungkusan plastik 5 gram, 1 gram dan tiub plastik kecil 0.045 gram untuk diedar kepada pasaran di Kota Kinabalu dan lain-lain daerah.

4. NAMA BRAND DAN GRED SYABU
4.1. Syabu yang terdapat di pasaran adalah terdiri daripada beberapa jenis nama mengikut rupa bentuk dan mutunya. Diantara nama-nama yang di panggil adalah seperti:
i) China White
ii) Cristal Stones

4.2. Pada umumnya, Syabu yang dipasarkan adalah dibahagikan kepada tiga gred iaitu
Gred I - Cristal Stones
Gred II - China White
Gred III - Syabu biasa yang kebanyakanya telah dicampur dengan tawas.

Syabu yang terdapat di pasaran Sabah kebanyakannya terdiri daripada syabu jenis Gred II

5. KESAN-KESAN ATAU AKIBAT PENYALAHGUNAAN SYABU [METHAMPHETAMINE]
5.1. Kesan-kesan negatif syabu dibahagikan kepada dua jenis iaitu jangka masa pendek dan masa panjang. Kesan negatif jangka masa pendek adalah seperti berikut:
a.        Khayalan atau halusianasi pada penghilatan dan pendengaran;
b.        Perangai cepat marah, resah dan perasaan tidak tenang;
c.        Kenaikan suhu badan dan tekanan darah tinggi; dan
d.        Bersifat agresif.
Akibat jangka masa panjang adalah seperti berikut:
a.        Kerosakan pada saraf otak dan mengalami angin ahmar (strok);
b.        Kurang siuman dan mengalami gangguan mental;
c.        Keracunan pada sistem saraf tunjang;
d.        Pergantungan psikologikal keatas Syabu dan rasa tidak boleh hidup tanpanya;
e.        Mendatangkan kerosakan pada tisu yang teruk dan boleh membawa maut; dan
f.         Boleh mengakibatkan sejenis penyakit neurologi seakan-akan Parkinson's Disease' yang sukar diubati

Jenis-Jenis Dadah

 

                heroin.jpg  

Heroin  

Definasi  

-Berasal daripada perkataan Jerman iaitu Heroish yang bermaksud kuat. Mula digunakan di Jerman Barat dalam tahun 1898 bertujuan untuk menghilangkan kesan gejala tarikan Morfin. Dihasilkan dari Morfin melalui proses kimia dan memberikan 20-25 kali lebih kuat dari Morfin.

Jenis/Bentuk

Bes Heroin , Heroin No.3 , Heroin No.4 , Brown Heroin , Heroin Black Tar

Nama Lain 

Big H , Dope , Smack , TNT

Cara Penggunaan

Menguntik , Menghidu

Ciri-ciri penagih

Mata dan hidung berair , mengantuk , mudah marah dan resah , pertuturan tidak jelas , cemas , takut , sunggul



Morfin        morfin1.jpg             

Definasi

Sejenis alkoloid yang diperolehi dari candu mentah.

Morfin mentah : didapati dalam bentuk blok yang berwarna dari putih ke coklat gelap dan bertanda ‘999′ . Mengandungi 70% – 90% morfin hidroklorid dan setelah dihancurkan menjadi serbuk putih dipanggil Heroin No.1

Bes Morfin : diperoleh secara langsung dari candu danmengandungi peratus morfinnya 60% – 70% . Berbau seperti candu dan berupa seperti serbuk kopi .

Pil Morfin : Mengandungi Morfin Sulffat . Berwarna putih atau coklat pucat.

Jenis/Bentuk

Morfin Mentah , Bes Morfin , Pil Morfin

Nama lain

M.Tab , White Sulfat , Monkey , Dreamer , Morphan

Cara Penggunaan

Menyuntik , menelan

Ciri-ciri penagih

Hilang selera makan , tindak balas lambat , kecacatan keseimbangan , pertuturan tidak jelas , sembelit , halusinasi , mengantuk , cemas

 

candu1.jpg

Candu                 

Definasi

Dihasilkan daripada buah popi muda .

Candu mentah : getah berwarna putih yang keluar hasil dari torehan buah popi muda . Ia kemudiannya bertukar menjadi pekat dan berwarna coklat bila terdedah .

Candu masak : candu yang dicampurkan dengan air dan dipanaskan sehingga pekat . Berwarna coklat hitam .

Tahi candu : sisa bakaran atauarang candu masak yang telah dihisap .

Jenis /Bentuk

Candu mentah , candu masak , tahi candu

Nama lain

Shollboy , Black Stuff , Opium , Mandat , Pen Yeh , “O” , Tar

Cara penggunaan

Menyuntik , menelan

Ciri-ciri penagih

Pernafasan perlahan , rasa pening dan keliru , mual dan muntah-muntah , cirit-birit , hilang selera makan , sunggul

Ganja         ganja.jpg              

Definasi

Diperoleh dari bunga dan daun pokok India Hemp . Cannabis Sativa. Mengandungi lebih dari 400 jenis bahan kimia dan THC ( Delta-9 tetra hydrocannabinol ) adalah bahan proaktif utama yang mengkhayalkan . Menghisap sebatang ganja menyebabkan THC terkumpul dalam sel badan selama 7 hari dan dikeluarkan semua secara fisiologi normal dari tubuh antara 4-6 minggu . Menghisap ganja secara berterusan selama 1 minggu atau sebulan akan menyebabkan THC sentiasa terkumpul dalam sel badan .

Jenis/Bentuk

Seperti daun kering dan dimampat

Nama lain

Grass , pot , Marijuana , weed

Cara penggunaan

menghisap

Ciri-ciri penagih

Sering mengantuk/mata merah , kegembiraan & terlalu cergas/ketawa , mudah marah dan resah , cemas/takut/hilang pedoman , kuat cakap dan kuat makan , kecacatan perimbangan , yuforia dan sunggul

Syabu        syabu.jpg     

Definasi

Sejenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulan . Dalam aspek perubatan , syabu didapati tidak mempunyai apa-apa kegunaan perubatan . Syabu yang paling berkualiti berwarna putih kristal , diikuti dengan warna putih kemerahan dan yang paling rendah kualitinya mempunyai rasa yang pahit .

Jenis/Bentuk

Kaca/kristal , pecah , serbuk halus spt tawas

Nama lain

Ice

Cara penggunaan

Menggunakan peralatan yang hampir sama dengan penghisap candu

Ciri-ciri penagih

Yakin pada diri sendiri , bertenaga & cergas , boleh berjaga 2-3 hari tanpa tidur , tingkah laku agresif , tindak balas terlalu cepat , mata dan hidung berair , mual dan muntah-muntah , hilang selera makan

ecstacy.jpg

 

 

 

Ecstacy/MDMA     

Definasi

Juga dikenali sebagai MDMA iaitu 3-4-methylenedioxymethamphetamine . Kerap kali dicuba dan diguna oleh muda-mudi sebagai dadah seronok di pusat hiburan untuk menari sepanjang malam , MDMA juga adalah dadah psychoactive .

Jenis/Bentuk

Pil dengan pelbagai warna dan simbol

Nama lain

Pil Khayal , Pil goyang kepala , YAMA , YABA

Cara penggunaan

Menelan , campur dan minuman

Ciri-ciri penagih

Gembira & terlalu cergas , berpeluh berlebihan , kuat becakap , boleh melayan muzik yang kuat & goyang kepala , tindak balas terlalu cepat , hilang selera makan , mudah marah & resah , halusinasi , cemas dan takut , mulut kering , tidak boleh tidur

Ketamin             ketamin.jpg

Definasi

Sejenis ubat bius untuk haiwan . Kebelakangan ini , ketamin semakin lazim digunakan di temasya tari-menari atau raves .

Jenis/Bentuk

Serbuk putih , kristal , cecair , pil

Nama lain

“K” , Special K , Vitamin K , Kit Kat

Cara penggunaan

Dihisap melalui hidung , campur dalam minuman

Ciri-ciri penagih

Berada di bawah kesedaran yang rendah , mengubah , deria pendengaran , sentuhan , bau , rasa dan penglihatan sehinggan kurang sedar tentang masa dan identiti diri , boleh bertindak ganas , hilang keseimbangan badan , mual dan muntah-muntah